An Open Letter To Kementerian Kesihatan Malaysia

An Open Letter To Kementerian Kesihatan Malaysia

12 Sep 2018

Baru - baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa kawasan terbuka  seperti tempat makan harus dijadikan sebagai kawasan larangan merokok. Kami di Asthma Malaysia amat bersetuju dan menyokong insiatif yang telah di ambil oleh pihak kerajaan agar orang awam dapat dilindungi daripada bahaya asap rokok sekunder.

Berikut dibawah adalah salinan surat terbuka tersebut didalam bahasa malaysia dan bahasa inggeris.


Open letter re gazetting alfresco restaurants as no-smoking zones

The following letter is signed by 30 Malaysian medical organisations. We represent the majority of the medical fraternity in Malaysia.

We are writing to express our support for the Ministry of Health's recent announcement by the Deputy Health Minister Dr Lee Boon Chye that the Ministry intends to gazette alfresco restaurants as no-smoking zones under the Control of Tobacco Products (Amendment) Regulations 2017.

Dr Lee was quoted as saying "The gazettement of the new smoke-free zones under the Control of Tobacco Product Act is to protect the public, especially non-smokers, from the dangers of secondhand smoke”.

We could not agree more with this statement.

One in two smokers will die from the use of tobacco. While that is a tragedy on its own, it is an even greater travesty that many non-smokers suffer numerous ailments as a result of secondhand smoke.

Secondhand smoke contains more than 7000 chemicals, of which many cause cancer. Studies have shown that it causes premature heart disease and lung cancer amongst non-smokers and even leads to strokes.

The effects are particularly felt by women and children, who are often at the mercy of smokers and are unable to voice out their concerns. For example, secondhand smoke leads to more frequent and severe asthma attacks, respiratory infections and ear infections. It also increases the risk of premature birth, low birth weight, birth defects and sudden infant death syndrome.

It is also essential to note that there is no risk-free level of exposure to secondhand smoke.

With these factors in mind, many governments across the world have taken measures to protect their citizens from the harmful effects of secondhand smoke. For example, a policy making it illegal to smoke in work places in England came into force on 1 July 2007 as a consequence of the Health Act 2006.

An analysis of studies found that admissions for heart attacks fell by 42 per cent among men and 43 per cent among women in the five years since the ban was introduced in 2007. Rates of hospitalisations for asthma were also reduced. In the United States, a review found a 14 per cent reduction in strokes in counties which introduced a ban, compared with those which did not.

These numbers translate to real lives that are saved from the physical, financial and emotional burdens of disease. Although some will undoubtedly voice concerns regarding the negative economic impact on local restaurants, it is worth noting that even here the evidence suggest otherwise - in England, many eateries have thrived since the smoking ban as they changed their focus on more high-quality food and trying to attract families - including those with young children - who would previously have avoided smoky atmospheres.

Furthermore, the government will be fulfilling their obligation to protect public health & make public places 100% smoke-free, as detailed in the World Health Organisation's Framework Convention on Tobacco Control, which Malaysia signed and ratified.

We acknowledge and congratulate the new government’s emphasis on preventive medicine and addressing the scourge of non-communicable diseases at their infancy. We look forward to both Dr Lee and our Health Minister, Dr Dzulkefly Ahmad, leading the way in ensuring that the gazettement is made official.

There is no greater modifiable risk factor than tobacco, and by implementing measures to reduce the impact of secondhand smoking, the government will go a long way in reducing the nation’s healthcare costs whilst increasing the well-being of the rakyat.

Signed,

Academy of Medicine of Malaysia
Academy of Medicine of Malaysia - College of Surgeons
Academy of Medicine of Malaysia - College of Physicians
Addiction Medicine Association of Malaysia
Asthma Malaysia
Family Medicine Specialists Association of Malaysia
Federation of Private Medical Practitioners’ Associations Malaysia
Islamic Medical Association of Malaysia
Lung Foundation of Malaysia
Malaysian Association for Bronchology and Interventional Pulmonology
Malaysian Association of Thoracic and Cardiovascular Surgery
Malaysian Council for Tobacco Control
Malaysian Medical Association Malaysian Medics International
Malaysian Oncological Society Malaysian Paediatric Association
Malaysian Psychiatric Association Malaysian Society of Geriatric Medicine
Malaysian Thoracic Society Medical Mythbusters
Malaysia Medical Practitioners Coalition Association Of Malaysia
Medical Tweet Malaysia
National Cancer Society of Malaysia
National Heart Association of Malaysia
Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia
Perinatal Society of Malaysia
Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia
Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia
Vascular Society of Malaysia
 

Surat Terbuka Tentang Pewartaan Tempat Makan Terbuka Sebagai Kawasan Larangan Merokok

Surat ini ditandatangani oleh 30 persatuan perubatan dari Malaysia. Kami mewakili majoriti pakar kesihatan di Malaysia.

Surat terbuka ini adalah bertujuan untuk menyatakan sokongan kami di atas pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini melalui Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye bahawa Kementerian merancang untuk mewartakan Tempat Makan Terbuka sebagai kawasan larangan merokok di bawah Peraturan -Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Kami amat bersetuju dengan kenyataan Dr Lee bahawa pewartaan kawasan larangan merokok ini adalah bertujuan untuk melindungi orang awam dari bahaya asap rokok sekunder.

Satu daripada dua orang perokok akan mati akibat penggunaan tembakau dan produk tembakau. Meskipun tindakan merokok akan menyebabkan kesan sampingan ke atas diri perokok itu sendiri, kajian telah menunjukkan bukan perokok sahaja terkesan dengan bahaya asap rokok malah orang ramai di sekeliling berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit hasil akibat menyedut asap rokok ini.

Asap rokok mengandungi lebih dari 7000 bahan kimia. Sesetengahnya merupakan bahan karsinogenik atau penyebab kanser. Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa asap rokok boleh menyebabkan penyakit jantung koronari pada usia muda. Selain itu juga, pendedahan terhadap asap rokok dapat menyebabkan kanser paru-paru pada orang yang tidak merokok, serta risiko penyakit angin ahmar/ stroke.

Wanita dan kanak-kanak merupakan mangsa utama kepada pendedahan asap rokok terutama di tempat awam dan seringkali luahan hati mereka tidak diendahkan. Kesan sampingan terhadap golongan wanita dan kanak -kanak sering terjadi seperti contoh serangan asma yang kerap dan teruk. Asap rokok juga meningkatkan prevalen jangkitan saluran nafas, jangkitan telinga, kelahiran bayi pra matang dan kurang berat badan serta kematian mengejut pada bayi dan kanak- kanak.

Perlu ditekankan di sini bahawa tidak ada tahap selamat bagi pendedahan kepada asap rokok.

Dengan mengambil kira perkara- perkara tersebut, banyak kerajaan di serata dunia telah mengambil tindakan bagi melindungi rakyatnya dari kemudaratan asap rokok sekunder. Seperti contoh: England telah membuat suatu polisi yang menyatakan tempat bekerja adalah kawasan larangan merokok, berkuatkuasa dari 1 Julai 2007. Ini merupakan susulan daripada Akta yang terpakai di sana iaitu Health Act 2006.

Analisa yang telah dijalankan susulan pengenaan larangan tersebut menunjukkan bahawa terdapat pengurangan dari segi bilangan pesakit yang dirawat di hospital akibat serangan jantung, iaitu sebanyak 42% bagi pesakit lelaki dan 43% bagi pesakit wanita. Kadar kemasukan wad bagi pesakit asma juga berkurang. Sementara itu, di Amerika Syarikat, penurunan peratusan pesakit angin ahmar dilaporkan di negeri yang memperkenalkan larangan merokok, dibandingkan negeri-negeri lain yang tidak melaksanakan larangan merokok.

Kajian-kajian ini menunjukkan bukti kukuh bahawa polisi yang betul akan menyelamatkan nyawa dan mengurangkan masalah kesihatan fizikal, mental dan emosi yang berlaku akibat menanggung sesuatu penyakit . Seringkali kita mendengar kenyataan bahawa larangan tempat merokok akan memberi impak negatif kepada perniagaan dari sudut ekonomi. Pada hakikatnya ini tidak berlaku memandangkan terdapat bukti yang menyatakan hal yang sebaliknya.

Di England, perniagaan restoran telah berkembang sejak larangan merokok diperkenalkan, di mana pengusaha telah meningkatkan kualiti makanan serta berusaha menarik minat pelanggan yang berkeluarga terutama dengan anak yang masih kecil. Sebelum ini golongan keluarga akan mengelak masuk restoran di mana anak-anak kecil akan terdedah kepada asap rokok.

Kami ingin mengucapkan tahniah pada kerajaan baru yang mengambil berat usaha-usaha untuk mencegah penyakit dan sentiasa berusaha untuk membendung dan mengawal factor risiko utama yang menyebabkan Penyakit Tidak Berjangkit. Kami amat berharap Dr Lee bersama-sama YB Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad, akan dapat mewartakan larangan merokok ini seperti yang dicadangkan.

Tembakau merupakan barang dagangan yang sah walaupun ia membunuh separuh daripada penggunanya serta orang disekeliling Pngurangan impak dari asap rokok sekunder akan meningkatkan kesejahteraan rakyat dan mengurangkan beban kos keksihatan yang akan ditanggung oleh kerajaan.

Kami yang menjalankan amanah,

Academy of Medicine of Malaysia
Academy of Medicine of Malaysia - College of Surgeons
Academy of Medicine of Malaysia - College of Physicians
Addiction Medicine Association of Malaysia
Asthma Malaysia
Family Medicine Specialists Association of Malaysia
Federation of Private Medical Practitioners’ Associations Malaysia
Islamic Medical Association of Malaysia
Lung Foundation of Malaysia
Malaysian Association for Bronchology and Interventional Pulmonology
Malaysian Association of Thoracic and Cardiovascular Surgery
Malaysian Council for Tobacco Control
Malaysian Medical Association Malaysian Medics International
Malaysian Oncological Society Malaysian Paediatric Association
Malaysian Psychiatric Association Malaysian Society of Geriatric Medicine
Malaysian Thoracic Society Medical Mythbusters
Malaysia Medical Practitioners Coalition Association Of Malaysia
Medical Tweet Malaysia
National Cancer Society of Malaysia
National Heart Association of Malaysia
Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia
Perinatal Society of Malaysia
Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia
Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia
Vascular Society of Malaysia
 
-
 
Picture Source : https://guardian.ng | File Pic