Haiwan adalah di antara faktor biasa yang mencetuskan asma. Selain daripada haiwan peliharaan biasa seperti kucing dan anjing, haiwan lain seperti tikus belanda dan burung boleh juga boleh mencetuskan serangan asma.

*Penafian. Visual ini digunakan semata-mata untuk mewujudkan kesedaran asma. Tiada diskriminasi apa-apa yang ditujukan terhadap haiwan.

Disokong oleh    

Asma adalah sejenis penyakit yang tidak boleh diubati yang boleh menjejaskan sesiapa sahaja dalam lingkungan umur dari seawal 6 tahun.
2.0 90% 50%
juta pengidap kes tidak terkawal kanak-kanak mengalami nafas berbunyi pada umur seawal 6 tahun

Adakah asma anda di bawah kawalan?

Skor asma anda adalah satu cara untuk membantu anda dan juga doktor anda menentukan sama ada asma anda terkawal ataupun boleh dibaiki lagi.

Dalam 4 minggu yang lalu, berapa kali asma anda mengganggu anda dalam kehidupan seharian di pejabat,sekolah, atau di rumah?

Skor anda

0

RAWATAN KECEMASAN ASMA

Jika anda, kawan ataupun ahli keluarga anda mengalami serangan asma, sila ikuti nasihat kecemasan berikut.

Ambil 2 sedutan ubat sedutan pelega, 1 sedutan pada satu masa.

Duduk tegak dan bertenang.

Tarik nafas panjang dengan perlahan dan hembus

Ambil 1 sedutan ubat sedutan pelega setiap satu minit jika tiada perubahan.

Hubungi talian kecemasan 999 jika simptom tidak berubah selepas 10 minit atau jika anda risau.

Ulangi langkah 4 jika setelah 10 minit ambulans masih belum sampai.

Hidup dengan Asma

Anda tidak bersendirian. Asma adalah satu penyakit yang boleh dihadap individu dari semua lapisan masyarakat. Di sini kita berkongsi kisah kehidupan sebenar yang ditulis oleh orang yang hidup dengan asma.

18-4.jpg
Adakah sakit dada antara punca kepada Asma?
Baca Lagi
Lipas dan Asthma: Pengajaran
Baca Lagi
Bolehkah asma disembuhkan?
Baca Lagi

Asma merupakan satu penyakit yang melibatkan ramai individu di Malaysia. Walaupun dengan adanya kemajuan dalam rawatan moden, pengidap penyakit asma kini tersebar luas dan semakin meningkat. Antara prinsip asas bagi pengurusan asma yang baik ialah kesedaran dan kawalan di kalangan pesakit. Oleh itu, promosi kesihatan amatlah penting.  

Dengan ini saya mengalu-alukan pelancaran Asma Malaysia sebagai platform untuk mendidik dan memperkasakan pesakit yang mengidap asma. Kementerian Kesihatan sentiasa menyokong inisiatif sedemikian yang melibatkan pesakit dan membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih memuaskan.

Saya doakan yang terbaik untuk Asma Malaysia dan akan nantikan kempen kesedaran kesihatan mereka.