Asma & Kehamilan
Anda baru sahaja mengetahui anda hamil, Tahniah! Berita baik TETAPI anda menghidap asma, apakah kesannya kepada anda? Sukar untuk meramalkan bagaimana asma akan menjejaskan kehamilan anda kerana setiap wanita adalah berbeza. Sebagai peraturan umum:

1/3
Pesakit Asma
- Bertambah baik
- Kekal sama
- Menjadi lebih teruk
Perkara paling penting yang anda perlu ketahui semasa kehamilan ialah SEMUA ubat yang biasa digunakan dalam rawatan asma adalah SELAMAT semasa mengandung dan anda tidak boleh menghentikan rawatan anda. Risiko komplikasi kerana asma anda kepada anda dan bayi anda adalah sangat kecil jika asma anda dikawal dengan baik.
Anda Baru Sahaja Mendapati Bahawa Anda Hamil
Apakah Langkah Seterusnya?
Pastikan anda membuat temu janji untuk bertemu doktor anda dan semak semula rawatan asma anda. Memastikan anda mempunyai kawalan asma yang baik sepanjang kehamilan adalah penting untuk memastikan anda bersalin dengan selamat.
Mengawal asma
Jangan merokok
Jaga pemakanan anda
- Pengawalan asma yang baik boleh dicapai dengan memastikan anda mengambil ubat sedutan asma dan ubat-ubatan seperti yang telah dipreskripikan.
- Dapatkan pemeriksaan dengan doktor anda setiap 4-6 minggu sepanjang kehamilan anda.
- Maklumkan pada pakar obstetrik anda bahawa anda mempunyai asma.
- Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom asma yang berterusan, anda mungkin perlu berjumpa dengan pakar asma yang akan mengawasi anda sepanjang tempoh kehamilan.
- Pastikan anda mempunyai pelan tindakan asma supaya anda mempunyai satu pelan pengurusan yang jelas untuk asma anda sepanjang tempoh kehamilan.
Merokok tidak bagus untuk asma anda, bayi anda dan untuk diri anda secara umumnya. Merokok boleh meningkatkan risiko keguguran dan kelahiran pramatang – jika bayi anda dilahirkan lebih awal, kemungkinan paru-paru bayi anda tidak berkembang sepenuhnya dan akan membawa kepada risiko nafas berdehit (wheezing) dan masalah paru-paru lain di kemudian hari.
Tiada sekatan atau pantang untuk apa yang boleh anda makan. Nasihat terbaik ialah untuk anda mengamalkan pemakanan seimbang yang sihat.

Mengambil Ubat-Ubatan Asma Semasa Hamil
Ubat-ubatan asma adalah selamat untuk diambil semasa hamil. Risikonya lebih besar kepada anda dan kandungan jika anda tidak mengambil rawatan asma dan ianya menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat sedutan – pelega dan pencegah, dan tablet steroid.
Ubat antagonis reseptor leukotrien (montelukast atau singulair) biasanya tidak akan dimulakan semasa hamil TETAPI jika anda telah mula mengambilnya sebelum anda hamil dan asma anda dapat dikawal dengan baik, doktor anda akan menasihatkan anda supaya terus mengambilnya kerana pengawalan asma yang baik amatlah penting di sepanjang tempoh kehamilan.
Jika anda mempunyai apa-apa kemusykilan tentang ubat-ubatan yang anda ambil atau tahap pengawalan asma anda semasa hamil, sila buat temu janji dengan doktor anda dan dapatkan nasihat perubatan yang sesuai.

Keadaan Asma Lebih Teruk
Semasa Hamil
Sekiranya anda mendapati simptom-simptom asma anda bertambah teruk, buatlah temu janji untuk berjumpa dengan doktor atau doktor pakar anda. Anda mungkin memerlukan perubahan ubat untuk mengawal simptom anda. Anda mungkin juga perlu berjumpa seorang pakar respiratori untuk mendapatkan rawatan usul sepanjang tempoh kehamilan anda.
Mengalami serangan asma sama ada anda sedang hamil atau tidak TETAP diambil kira sebagai kecemasan perubatan. Anda perlu dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin dengan berjumpa dengan doktor anda atau pergi ke Unit Kecemasan di hospital berdekatan dengan anda.