Asma & Senaman
Setiap orang perlu bersenam. Walaubagaimanapun, senaman boleh mencetuskan simptom-simptom asma pada sesetengah pesakit. Malah, sesetengah dari kita hanya akan menunjukkan simptom asma semasa melakukan senaman. Walaupun begitu, pengawalan yang baik dan mengikuti beberapa peraturan asas akan membolehkan anda bersenam secara normal.
Malah atlet profesional juga boleh menghidap asma, tetapi ia tidak menghalang mereka. Antara atlet-atlet terkenal yang menghidap asma adalah Bradley Wiggins (pemenang Tour de France), Paula Radcliffe (pemegang rekod dunia maraton wanita) dan perenang Olimpik negara kita Welson Sim.

Kepentingan Bersenam
Senaman adalah penting untuk paru-paru:
- Senaman yang kerap meningkatkan keupayaan dan stamina paru-paru, ini akan mengurangkan sesak nafas.
- Meningkatkan sistem imun anda dan membantu melawan selsema dan virus yang boleh menjadi pencetus penyakit asma.
- Kekal aktif, mengekalkan berat badan yang sihat dan mengurangkan risiko serangan asma. (Pesakit asma yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes lebih cenderung untuk mempunyai asma yang kurang terkawal).
- Senaman memberi perasaan “rasa baik” dalam otak yang meningkatkan kesejahteraan umum anda dan mengurangkan tahap tekanan. Kajian telah menunjukkan bahawa kemurungan dan tekanan meningkatkan risiko kawalan asma yang semakin teruk.
Terdapat beberapa teori menunjukkan bahawa kenapa senaman menyebabkan serangan asma. Salah satu cadangan adalah apabila orang bernafas lebih cepat semasa mereka bersenam, udara yang diambil cenderung menjadi lebih sejuk dan kering (kerana hidung biasanya dipintas) dan gabungan ini dianggap bertindak sebagai pencetus.
Senaman Yang
Mencetuskan Asma
Mendiagnosis Senaman Yang
Mencetuskan Asma

Senaman Yang
Mencetuskan Asma
Asma yang disebabkan oleh senaman boleh menjejaskan sesiapa sahaja – kanak-kanak, ahli sukan rekreasi mahupun profesional. Kecenderungannya boleh dikesan dan mendatangkan masalah dalam sukan-sukan tahan lasak seperti larian jarak jauh dan berbasikal. Ia juga bergantung pada sifat sukan itu – mereka yang terdedah kepada udara sejuk, pencemaran dan bahan kimia sewaktu menjalankan aktiviti akan lebih cenderung untuk menunjukkan simptom. Contohnya perenang sentiasa terdedah kepada bahan kimia yang terdapat di dalam kolam renang dan pengayuh basikal mungkin dipengaruhi oleh pencemaran udara.
Terdapat pelbagai teori tentang mengapa senaman menyebabkan serangan asma. Salah satunya ialah seseorang itu bernafas dengan lebih cepat ketika mereka bersenam, udara yang mereka hidu mungkin lebih sejuk dan kering (selalunya ia tidak melalui hidung) dan kombinasi ini dianggap sebagai pencetus.
Baca Selanjutnya

Mendiagnosis Senaman Yang
Mencetuskan Asma
Bagi kebanyakan orang, cara diagnosis yang paling pragmatik adalah pengiktirafan simptom yang timbul semasa senaman. Ini termasuk simptom-simptom yang lazim dijumpai seperti sesak nafas, batuk, ketegangan dalam dada dan nafas (wheezing). Ini semua selalunya akan hilang selepas rehat atau selepas penggunaan ubat sedutan pelega.
Ada yang memerlukan diagnosis yang lebih objektif dan tepat, terutamanya atlet profesional – penggunaan ubat asma mungkin akan menjejaskan kemampuan mereka untuk bersaing. Pemeriksaan mencabar saluran udara dengan ejen-ejen untuk mencari sensitiviti saluran udara dan ujian semasa senaman juga mungkin akan dilakukan.
Baca Selanjutnya
Hidup Dengan Senaman Yang Mengakibatkan Asma
Semasa bersenam, anda hendaklah meningkatkan tahap pergerakan dengan kadar yang perlahan dan mantap. Pastikan anda memaklumkan pada jurulatih dan kawan anda tentang keadaan anda supaya mereka boleh berikan bantuan jika perlu.
Panaskan badan sebelum memulakan senaman
Elakkan pendedahan terhadap pencetus
Mengambil ubat yang diperlukan
Ubat untuk mengawal asma dengan lebih baik

Memanaskan badan sebelum bersenam telah terbukti dapat membantu mengurangkan tahap serangan asma dan harus dilakukan oleh penghidap asma.

Mengelak daripada pencetus lain juga akan membantu mengelakkan serangan asma yang lebih teruk.

Perkara yang paling penting ialah penggunaan ubat tetap dan sesuai untuk asma anda. Jika senaman benar-benar mengakibatkan simptom, ubat sedutan pelega perlu diambil sebelum pemanasan badan dan juga perlu dibawa semasa senaman. Anda harus hentikan senaman jika anda mengalami simptom-simptom yang berterusan dan ketara, di mana ketika ini berehat dan mengambil sekali lagi ubat sedutan pelega akan membawa kepada penambahbaikan.

Sedutan steroid dan montelukast merupakan antara yang lebih kerap digunakan untuk kawalan yang lebih sempurna. Bukti telah menunjukkan bahawa mungkin terdapat peranan dalam gabungan ubat-ubat sedutan (sedutan kortikosteroid + bronkodilator bertindak panjang) dalam pengawalan asma yang diakibatkan oleh senaman. Doktor anda akan menasihatkan anda tentang perkara ini dengan lebih lanjut.

Asma & Atlet-AtletProfesional
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menegaskan supaya bukti makmal dan klinikal dikemukakan di kalangan atlet profesional yang perlu menggunakan ubat sedutan mereka semasa bertanding. Agensi Anti-Dadah Dunia menyediakan bimbingan tentang penggunaan ubat-ubatan dalam konteks senaman yang mengakibatkan asma. Ada sesetengah yang mungkin perlukan kebenaran khas untuk digunakan. Ini akan dikeluarkan oleh doktor yang biasa dengan piawaian tersebut.
Asma & Seks
Sebilangan kecil pesakit asma mungkin mengalami gejala semasa hubungan seksual. Aktiviti seksual boleh meningkatkan kelajuan pernafasan dan pesakit juga akan terdedah kepada pencetus lain.
Kawalan asma yang teruk boleh meningkatkan tahap tekanan yang terlibat (cth. jika anda menumpukan perhatian untuk mengawal batuk anda) dan menjadikan hubungan seks kurang menyenangkan.