Asma Di Kalangan Kanak-kanak
Kanak-kanak yang menghidap asma mempunyai saluran pernafasan yang sensitif. Apabila mereka terdedah kepada pencetus seperti jangkitan virus, asap rokok, bulu haiwan, senaman atau perubahan suhu secara tiba-tiba, saluran pernafasan di dalam paru-paru kanak-kanak akan menjadi sempit dan membengkak, yang akan mengakibatkan kesukaran untuk bernafas. Ini dipanggil serangan asma.
Semasa serangan asma, tiga perkara ini berlaku dalam saluran udara seorang kanak-kanak menghidap asma:
- Otot-otot di dinding saluran udara menguncup dan mengakibatkannya sempit.
- Pembengkakkan berlaku di lapisan dalam saluran udara, menjadikannya lebih sempit.
- Lendir yang berlebihan dihasilkan di dalam saluran udara.
Semua perubahan ini menjadikan saluran udara semakin sempit, terutamanya semasa menghembuskan nafas, yang membuatkan lebih sukar untuk kanak-kanak untuk bernafas.Kanak-kanak mungkin akan mula batuk tanpa henti, nafas berdehit (wheezing), atau bernafas lebih cepat, dengan peningkatan upaya. Perubahan yang berlaku ketika serangan asma boleh diterbalikkan dan boleh diperbaiki dengan rawatan perubatan. Semasa dalam serangan, kanak-kanak sering tidak menunjukkan simptom.Masih tiada ubat penyembuh untuk penyakit asma. Walau bagaimanapun, dengan rawatan dan penjagaan yang betul, kanak-kanak yang menghidap asma boleh menjalani kehidupan normal, dan mengambil bahagian dalam acara sukan dan aktiviti fizikal seperti kanak-kanak lain.
Adakah Anak Saya
Menghidap Asma?
Mendiagnosiskan Asma
Pada Kanak-kanak
Mengelakkan Anak Anda
Dari Serangan Asma
Merawat Asma
Kanak-kanak
Asma adalah perkara biasa. Hampir 10% kanak-kanak usia persekolahan menghidap asma, menurut kajian terkini. Kanak-kanak yang mempunyai asma mungkin mempunyai beberapa atau semua simptom dan ciri-ciri berikut:

Nafas berdehit (wheezing)
Simptom paling biasa yang didapati dari kalangan kanak-kanak yang menghidap asma

Batuk
Lebih kerap di sebelah malam atau awal pagi.

Kesukaran untuk bernafas, bernafas dengan laju, kesempitan dada
Simptom-simptom ini mungkin dicetuskan oleh jangkitan virus, asap atau faktor-faktor lain yang disebutkan sebelumya dan boleh diklasifikasikan dari ringan hingga teruk.

Keadaan-keadaan lain yang berkaitan
Seperti ekzema (kulit kering, kadang-kadang gatal, sensitif), alahan konjungtivitis (mata kering, gatal) atau alahan rinitis (hidung berair yang kerap, bersin dan hidung tersumbat selepas terdedah kepada pencetus seperti habuk atau asap).
Semasa serangan asma, anak anda mungkin akan mengalami beberapa simptom seperti berikut:
- Batuk berterusan
- Nafas berdehit (wheezing)
- Nafas laju
- Rasa ketat di dada, atau kesukaran bernafas
- Kelihatan letih yang luar biasa, diam, kurang aktif seperti biasa
- Tidak dapat habiskan satu ayat penuh bila bercakap kerana tercungap
- Lubang hidung mengembang dan menguncup (lubang hidung kemerahan)
- Kulit di bahagian bawah tulang rusuk, di antara tulang rusuk dan di panggal leher kelihatan seperti tersedut ke dalam apabila dia bernafas
- Jika anak anda menunjukkan sifat-sifat sebegini, dan kelihatan tidak sihat, anda perlu bawanya berjumpa doktor. Jika anak anda kelihatan letih dan tertekan, anda perlu membawanya terus ke Unit Kecemasan. Serangan asma yang teruk mungkin membawa maut.
Serangan asma biasanya berlaku apabila kanak-kanak terdedah kepada pencetus. Pencetus pula berbeza dengan setiap individu. Satu cara untuk membantu mengurangkan serangan asma ialah dengan mengelakkan pencetus-pencetus ini.Pencetus asma biasa di kalangan kanak-kanak termasuk:
- Jangkitan virus. Lebih daripada 80% serangan asma pada kanak-kanak dicetuskan oleh jangkitan paru-paru, hidung dan tekak.
- Perubahan mendadak pada suhu (contohnya bergerak daripada bilik berhawa dingin ke persekitaran yang panas atau sebaliknya).
- Habuk, kutu debu rumah, bulu binatang dan pencetus alahan lain.
- Senaman. Aktiviti fizikal juga boleh mengakibatkan simptom asma, tetapi kanak-kanak yang menghidap asma tidak perlu mengelakkan dari bersenam. Mereka boleh mengambil ubat sedutan pelega, sebelum mereka memulakan senaman, untuk mencegah atau mengurangkan simptom asma.
- Asap rokok. Ini adalah pencetus asma paling utama. Kanak-kanak yang selalu terdedah dengan asap rokok sering mengalami simptom yang lebih teruk, serangan asma yang lebih kerap dan lebih teruk dan memerlukan lebih banyak ubat untuk mengawal asma mereka.
- Sesetengah kanak-kanak yang menghidap asma memerlukan ubat biasa, dipanggil terapi pencegah, untuk menguatkan paru-paru mereka dan membantu mereka bebas dari serangan.
Rawatan untuk asma berbeza-beza bergantung kepada simptom kanak-kanak itu, berapa kerap ia berlaku dan berapa teruk serangan itu. Secara umumnya, matlamat sesebuah rawatan asma adalah untuk menggunakan ubat sekurang mungkin, untuk mencapai kawalan simptom-simptom asma dengan baik dan membolehkan kanak-kanak menjalani kehidupan yang normal dan aktif.Ubatan-ubatan yang digunakan untuk asma boleh dibahagikan kepada dua jenis:
Ubat pelega Ini diberikan untuk memberikan kelegaan kepada simptom-simptom asma, dengan mengurangkan kesempitan pada saluran udara. Ini menjadikan saluran udara lebih besar, membolehkan kanak-kanak bernafas dengan lebih mudah. Ubat pelega diberikan semasa serangan berlaku, dan apabila anak anda menunjukkan simptom seperti nafas berdehit (wheezing), batuk dan kesempitan pada dada. Kadang kala ia juga diberikan sebelum bersenam.
- Ubat pencegah Ia diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai simptom yang kerap atau berterusan, walaupun mereka tidak mengalami serangan. Ubat pencegah ini diambil setiap hari, sama ada kanak-kanak mengalami serangan asma atau tidak. Lama kelamaan, ubat ini akan membantu mengurangkan sensitif pada paru-paru, dan mengurangkan risiko serangan asma.
Ubat asma selalunya diberikan dalam bentuk aerosol atau serbuk yang disedut ke dalam paru-paru kanak-kanak. Kebanyakkan kanak-kanak perlu mengambil ubat sedut ini dengan bantuan alat yang dipanggil spacer. Terdapat banyak jenis spacer dan saiz. Amatlah penting bagi anda untuk dapatkan spacer yang sesuai dengan usia kanak-kanak, dan mengetahui cara menggunakannya dan menjaganya dengan betul.
Dengan pengurusan asma yang baik dan mengelakkan pencetus-pencetus asma, kebanyakkan kanak-kanak akan bertambah baik apabila mereka semakin besar. Sekiranya rawatan berjaya, paru-paru kanak-kanak akan berada dalam keadaan sihat, mereka boleh mengikuti aktiviti dan acara sukan di sekolah, dan akan mempunyai pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Dengan penjagaan yang betul, ramai kanak-kanak yang menghidap asma tidak akan memerlukan ubat-ubatan asma apabila mereka masuk ke usia dewasa.