Fakta-Fakta Asma

Asma adalah sejenis penyakit yang tidak boleh diubati. Penyakit ini boleh menjejaskan sesiapa sahaja dalam lingkungan umur dari seawal 6 tahun.

Apa Yang Patut Dilakukan Ketika Kecemasan Asma ?

Jika anda, kawan ataupun ahli keluarga anda mengalami serangan asma, sila ikuti nasihat kecemasan berikut. Bincanglah dengan doktor rawatan anda tentang rancangan tindakan asma anda

Langkah 1

Duduk tegak dan bertenang. Tarik nafas panjang dengan perlahan dan hembus.

Langkah 2

Ambil 1 sedutan ubat sedutan pelega (lazimnya biru) setiap 30 hingga 60 saat, hingga 10 sedutan.

Langkah 3

Hubungi talian kecemasan 999 jika simptom tidak berubah selepas 10 minit atau jika anda risau.

Langkah 4

Ulang langkah 2 setelah 10 hingga 15 minit dalam perjalanan ke klinik/hospital atau menunggu ambulans.

*Inhaler pelega merujuk kepada Short-Acting Beta2-Agonist (SABA)

Video Terkini

Hidup Dengan Asma

Anda tidak bersendirian. Asma adalah satu penyakit yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja. Di sinilah kita berkongsi kisah benar daripada orang yang menghidap asma.

Ujian Kebergantungan
Inhaler Pelega*

Ini adalah ujian yang direka untuk membantu anda, doktor, jururawat atau ahli farmasi untuk memahami pandangan anda terhadap inhaler pelega*. Ujian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada anda terlalu bergantung kepadanya.

Ini bukan nasihat perubatan. Kami seru agar anda tidak menukar atau berhenti menggunakan ubat anda tanpa berbincang dengan doktor anda.

*Inhaler pelega merujuk kepada Short-Acting Beta2-Agonists (SABA).

01

Penggunaan inhaler pelega* untuk merawat simptom adalah kaedah terbaik untuk menangani asma.

02

Saya tidak risau akan asma apabila saya mempunyai inhaler pelega* bersama saya.

03

Inhaler pelega* saya adalah satu-satunya rawatan asma yang saya diperlukan.

04

Manfaat menggunakan inhaler pelega* memudahkan saya mengatasi sebarang bahaya.

05

Saya bergantung lebih kepada inhaler pelega* daripada Pencegah Inhaler Steroid.

Keputusan Anda

0

Breathe EaSY is a patient support programme run by dedicated nurse educators that provides personalized education on asthma management and inhaler technique.