Memahami Asma


Asma adalah penyakit yang menjejaskan saluran udara. Terdapat tiga faktor yang menjejaskan saluran udara dan menyebabkan ia menjadi sempit:

Keradangan (bengkak)

Dinding saluran udara menjadi merah dan bengkak. Mengurangkan dan mengawal bengkak ini adalah kunci menguruskan asma. Bengkak kronik dianggap punca serangan asma yang lebih kerap dan membawa kepada kerosakan jangka panjang.

Mukus (kahak)

Rembesan yang berlebihan dan kahak melekit boleh menghalang saluran udara.

Penyempitan saluran udara

Otot-otot kecil sekitar saluran udara mengetat dengan lebih mudah, menyebabkan penyempitan saluran udara. Ini mengurangkan jumlah udara yang dapat dihirup dan kadang-kadang boleh menyebabkan nafas berdehit (wheezing).

Asma & Saluran Udara Anda

Faktor-faktor di atas boleh menyebabkan kesukaran pernafasan, nafas berdehit (wheezing) dan batuk. Asma dihidapi oleh hampir satu perempat kanak-kanak di Malaysia dan hampir 15% orang dewasa. Malangnya, hanya di kalangan orang dewasa di Malaysia yang menghidap asma mempercayai simptom-simptom asma mereka dikawal dengan baik.Adakah asma anda dikawal dengan baik? Klik sini untuk menjalani Ujian Kawalan Asma.

Walaupun asma tidak dapat disembuhkan, tetapi ia boleh dikawal dengan rawatan dan pengurusan yang betul.

Apakah Yang Menyebabkan Serangan Asma?

Terdapat banyak reaksi dan pengalaman yang berlainan apabila serangan asma berlaku. Berikut adalah beberapa contoh:

Satu pengalaman yang menakutkan. Rasa macam tidak boleh bernafas, macam nak mati.

01

Terasa seperti sedang lemas.

02

Rasa seperti ada sesuatu yang berat di atas dada saya, macam kena himpit.

03

Rasanya seperti ada awan di dalam paru-paru saya.

04

Ekspresi yang berbeza, tetapi simptom mereka cenderung kepada tanda-tanda asma. Sewaktu serangan, ubat sedutan (inhaler) tidak begitu membantu dan simptom-simptom semakin teruk walaupun digunakannya berulang kali.

Simptom-simptom mungkin termasuk:

Kesempitan dalam dada

Nafas berdehit (wheezing)

Batuk

Kesukaran bernafas

Ingin Tahu

Lebih Lanjut Mengenai Serangan Asma?

Semasa serangan, saluran pernafasan menjadi lebih bengkak dan menyebabkan halangan yang lebih besar. Ini menyukarkan kemasukan oksigen ke dalam paru-paru dan karbon dioksida dikeluarkan. Keadaan ini bertambah buruk kerana otot-otot menekan pada saluran pernafasan dan kahak yang semakin meningkat, yang mengakibatkan saluran yang lebih sempit.

Serangan ringan hanya akan berlangsung selama beberapa minit dan akan dilegakan sama ada secara spontan atau dengan ubat pelega. Serangan yang teruk akan bertambah buruk walaupun dengan penggunaan ubat sedutan, dan akan memerlukan penilaian segera oleh doktor. Apabila keadaan bertambah buruk, pesakit mungkin akan semakin tercungap-cungap sehingga mengalami kesukaran bercakap atau menjalankan aktiviti fizikal biasa. Tanpa rawatan yang mencukupi, ia akan menyebabkan kegagalan pernafasan dan keruntuhan.

Berikan Sumbangan

Berikan Sumbangan