Rawatan Kecemasan Asma

Banyak serangan asma boleh dirawat dengan mengelakkan sebarang pencetus dan dengan menggunakan terapi pelega. Malangnya, asma masih boleh membawa kepada maut. Kita akan bincangkan di sini beberapa tanda berguna yang perlu kita cari dan kenal pasti dalam serangan asma yang berada dalam tahap luar kawalan. Mempunyai pelan tindakan dari doktor anda amatlah berguna untuk situasi begini.

Jika anda rasakan:

Ketat pada dada

Batuk

Nafas berdehit (wheezing)

Kesukaran bernafas

Ambil dua ubat sedutan serta merta. Jika anda mempunyai peak flow meter ,gunakannya untuk mengukur berapa baik paru-paru anda dapat mengeluarkan udara.

Anda Perlu Dapatkan Rawatan SERTA-MERTA Jika:

Ubat sedut pelega anda tidak membantu walaupun telah menggunakannya dua kali.

Simptom bertambah teruk (sesak nafas, batuk, nafas berdehit (wheezing)).

Anda “rasa sesuatu yang tidak kena”.

Anda tidak dapat tidur atau makan.

Anda tidak dapat menghabiskan satu ayat dengan selesa

Anda rasa sangat letih

Bacaan ‘peak flow meter’ kurang dari 50% normal, atau kekal di bawah 80% walaupun telah dirawat beberapa hari

Jangan pandu kereta sendiri - dapatkan rakan atau ahli keluarga untuk bawa anda ke hospital ataupun panggil ambulans, jangan baring, duduk dengan tegak dan ambil 2 sedut ubat pelega anda setiap 1 minit, sehingga 10 sedut.

Sekiranya anda diberi steroid oral untuk disimpan di rumah, ambilnya serta merta dan maklumkan pada doktor.

Mengawal Asma

Asma TIDAK mengawal anda, malah anda boleh mengawal asma anda. Orang yang menghidap asma BOLEH menjalani kehidupan yang normal dan aktif setelah mereka belajar mengawal asma mereka. Ini boleh dilakukan dengan beberapa cara:

Memahami apa itu Asma

Mengenalpasti pencetus dan tanda-tanda serangan anda

Pengambilan ubat pada masa yang ditetapkan

Pastikan anda mempunyai pelan tindakan asma

  • Pernahkah anda terjaga pada waktu malam dengan simptom-simptom asma (contohnya batuk, sesak nafas atau dengan nafas berdehit (wheezing))?
  • Adakah anda menggunakan ubat sedutan pelega anda lebih daripada tiga kali seminggu?
  • Adakan anda mengalami nafas berdehit (wheezing) atau kesesakan nafas pada siang hari?

Sekiranya jawapan anda adalah YA kepada mana-mana soalan ini, bermakna asma anda tidak berada di tahap terkawal seperti yang sepatutnya.

Klik sini untuk menjalani Ujian Kawalan Asma

Pertama sekali, anda perlu memahami apa itu asma. Kemudian anda perlu mengenal pasti pencetus dan simptom-simptom serangan asma. Walaupun dengan kawalan asma yang baik, anda masih juga kadang-kala terkena serangan.

Sesetengah serangan asma adalah agak ringan, dan ada pula yang agak serius. Pesakit yang mengalami serangan asma yang teruk boleh membawa kepada maut.

Apabila anda sudah memahami asma anda dan apa yang mencetuskannya, anda perlukan ubat yang betul.

Anda perlu tahu:

  • Bila untuk mengambilnya
  • Berapa banyak perlu diambil setiap kali
  • Teknik ubat sedutan yang betul

Anda memerlukan penilaian yang betul oleh doktor supaya mereka boleh memastikan anda menerima jumlah yang betul dan jenis ubat yang sesuai untuk anda.

Pelan Tindakan Asma

Pelan tindakan asma adalah set arahan bertulis yang memberitahu anda ubat apa yang perlu diambil untuk asma anda setiap hari. Ia memudahkan anda untuk mengukur sama ada asma anda terkawal dan membolehkan anda mengetahui langkah-langkah apa yang perlu diambil jika tidak

Mempunyai pelan tidakan asma yang telah dibincangkan dengan doktor anda bermakna anda akan mempunyai lebih banyak kawalan ke atas asma anda. Kajian menunjukkan bahawa dengan adanya satu pelan tindakan asma, kebarangkalian anda terkena serangan asma yang memerlukan rawatan hospital dapat dikurangkan sebanyak empat kali.

Muat Turun Pelan Tindakan Asma

Peak Flow Meter

‘Peak Flow Meter’ adalah pengukuran secepat mana anda boleh menghembus keluar udara dari paru-paru anda. Ia digunakan untuk membantu mendiagnosis dan memantau asma. Ujian aliran puncak melibatkan anda meniup sekuat-kuatnya ke dalam alat peranti kecil yang dipanggil ‘peak flow meter’

Muat Turun Diari Aliran Puncak

Berikan Sumbangan

Berikan Sumbangan