Rawatan Pelega Asma

Pesakit yang menghidap asma biasanya diberikan preskripsi dua ubat sedutan - jenis “pelega” atau “pencegah”. Ubat sedutan pelega digunakan untuk melegakan simptom - simptom asma dengan segera (contohnya nafas berdehit (wheezing) dan kesesakan nafas). Ubat sedutan pencegah pula digunakan secara berkala untuk memberikan kawalan jangka panjang dan mencegah simptom-simptom asma. Kadang kala, gabungan ubat sedutan (kedua-dua pelega dan pencegah) boleh juga dipreskripsikan. Ubat-ubatan asma direka untuk menyampaikan ubat dalam bentuk aerosol, wap atau serbuk kering. Ini adalah supaya ia akan terus ke paru-paru untuk tindakan lebih cepat dan kesan sampingan yang lebih rendah berbanding dengan ubat oral. Teknik sedutan yang betul memainkan peranan PENTING untuk memastikan anda menerima jumlah ubat yang optimum, lalu memberikan hasil yang diingini iaitu kawalan asma yang baik. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi jika anda kurang pasti tentang teknik ini.

Apakah Turbuhaler?

  • Ubat Sedut Serbuk Kering.
  • Tidak memerlukan koordinasi.
  • Sebilangan serbuk ubat yang sangat halus akan terus masuk ke dalam paru-paru setelah pesakit menyedut dari inhaler.
  • Dilengkapi dengan penunjuk dos (Menunjukkan jumlah dos yang tinggal).

Apakah Breezhaler?

  • Ubat sedut serbuk kering
  • Koordinasi tidak diperlukan
  • Tiga mekanisme maklum balas
  • Hanya usaha penyedutan yang rendah diperlukan
  • Mudah tahu bahawa teknik yang digunakan adalah betul
  • Sehari sekali

Apakah Respimat Soft Mist Inhaler?

  • Teknologi bebas dari propelan hanya berfungsi dengan kekuatan bingkas yang tegang.
  • Mengeluarkan titisan yang halus dan mudah disedut ke dalam paru-paru dimana mengurangkan kecenderungan ubat ditinggalkan di tekak.
  • Memerlukan usaha yang sedikit semasa penyedutan.
  • Dilengkapi dengan penunjuk dos (Penunjuk di zon Merah menandakan bahawa inhaler ini mempunyai lebih kurang 14 dos lagi dan ini adalah masa anda perlu mendapatkan preskripsi yang baru).

Apakah Accuhaler?

  • Ubat Sedut Serbuk Kering.
  • Tidak memerlukan koordinasi.
  • Sebilangan serbuk ubat yang sangat halus akan terus masuk ke dalam paru-paru setelah pesakit menyedut dari inhaler.
  • Penanda merah pada penunjuk dos menandakan bahawa dos yang tertinggal adalah 5 dos. Sila mendapatkan inhaler yang baru sebelum penunjuk dos menunjuk pada ‘0’.

Apakah Ellipta?

  • Ubat Sedut Serbuk Kering.
  • Tidak memerlukan koordinasi.
  • Sebilangan serbuk ubat yang sangat halus akan terus masuk ke dalam paru-paru setelah pesakit menyedut dari inhaler.
  • Dilengkapi dengan penunjuk dos dimana penanda merah pada penunjuk dos menandakan bahawa dos yang tertinggal adalah lebih kurang 5 dos. Sila mendapatkan inhaler yang baru sebelum penunjuk dos menunjuk pada ‘0’.

Apakah Pressurised Metered Dose Inhaler (PMDI)?

  • Ubat disimpan di bawah tekanan dalam tabung kanister.
  • Kabut ubat dikeluarkan semasa menekan tabung kanister akan disedut ke dalam paru-paru.
  • Berfungsi dengan baik dengan Valved Holding Chamber (VHC) atau spacer.

Apa MDI dan Spacer?

  • Spacer adalah ruang penahan yang berbentuk seperti bola sepak atau tiub.
  • Spacer membantu ubat menuju ke tempat yang diperlukan di paru-paru anda, dengan kurang ubat yang berakhir di mulut dan tekak anda di mana ia boleh menyebabkan kerengsaan atau jangkitan ringan.
  • Juga dapat mempermudahkan penyelarasan pernafasan dan penekanan puffer anda.