- Dengarkan Asma Anda
- Summary Results

Apakah itu Asma Tahap Teruk?
Asma Tahap Teruk ialah satu penyakit sistem pernafasan yang menjejaskan saluran pernafasan dan tidak bertindak balas terhadap ubat-ubatan yang lazimnya digunakan untuk merawat asma tahap biasa. Keadaan asma teruk melibatkan pengambilan kortikosteroid secara oral dan kebergantungan kepada ubat pelega secara berlebihan untuk mengawal asma tahap teruk. Setiap individu mempunyai punca asma dan pencetus simptom yang berbeza-beza, seterusnya mencetuskan tindak balas yang berlainan bagi saluran pernafasan masing-masing.1
Statistik Asma Tahap Teruk
1,642
rakyat Malaysia (1.29%)
meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan penyakit asma.
2 juta pesakit,
7% ke 11%
kelaziman
asma tahap teruk mengambil tempat dalam kalangan orang dewasa di negara-negara Asia.13
Kenali asma anda dengan lebih mendalam untuk pengawalan simptom yang lebih berkesan. 6
Huraian | Asma | Asma yang tidak terkawal | Asma yang sukar untuk dirawat | Asma tahap teruk |
---|---|---|---|---|
Simptom asma harian dan pengehadan aktiviti | ||||
Terjaga dari tidur pada waktu malam akibat asma | ||||
Penggunaan ubat pelega cepat secara harian | ||||
Keperluan pengambilan kortikosteroid secara oral (OCS) untuk mengawal serangan asma | ||||
Penggunaan dos ubat pengawal jangka panjang dalam dos sederhana dan tinggi | ||||
Keputusan positif bagi penanda bio bagi keradangan jenis 2 atau bukan jenis 2 |
Huraian | Simptom asma harian dan pengehadan aktiviti |
---|---|
Asma | |
Asma yang tidak terkawal | |
Asma yang sukar untuk dirawat | |
Asma tahap teruk | |
Huraian | Terjaga dari tidur pada waktu malam akibat asma |
Asma | |
Asma yang tidak terkawal | |
Asma yang sukar untuk dirawat | |
Asma tahap teruk | |
Huraian | Penggunaan ubat pelega cepat secara harian |
Asma | |
Asma yang tidak terkawal | |
Asma yang sukar untuk dirawat | |
Asma tahap teruk | |
Huraian | Keperluan pengambilan kortikosteroid secara oral (OCS) untuk mengawal serangan asma |
Asma | |
Asma yang tidak terkawal | |
Asma yang sukar untuk dirawat | |
Asma tahap teruk | |
Huraian | Penggunaan dos ubat pengawal jangka panjang dalam dos sederhana dan tinggi |
Asma | |
Asma yang tidak terkawal | |
Asma yang sukar untuk dirawat | |
Asma tahap teruk | |
Huraian | Keputusan positif bagi penanda bio bagi keradangan jenis 2 atau bukan jenis 2 |
Asma | |
Asma yang tidak terkawal | |
Asma yang sukar untuk dirawat | |
Asma tahap teruk |
Siapakah Penghidap Asma Tahap Teruk?
Asma tahap teruk memberi kesan kepada orang dewasa dan kanak-kanak. Keadaan in boleh berlaku tanpa mengira usia. Kebanyakan pesakit yang didiagnos dengan asma tahap teruk sudah pun mula menghidap asma: berkemungkinan tahap asma mereka telah berubah seiring dengan peralihan masa, atau bertambah buruk sehingga menjadi asma tahap teruk akibat perubahan hormon, ataupun pneumonia sebagai contoh. 1

Bagaimanakah Rasanya Menghidap Asma Tahap Teruk?
Asma tahap teruk adalah sebuah keadaan kesihatan yang tidak boleh dijangka dan keadaannya berbeza bag setiap individu. Individu yang menghidap asma tahap teruk berdepan dengan serangan asma yang lebih kerap dari individu yang menghidap asma tahap rendah atau sederhana. Mereka juga lebih berpotensi untuk dimasukkan ke hospital dan bergantung kepada ubat-ubatan untuk jangka masa panjang.
Simptom, pencetus, tindak balas kepada ubat-ubatan, tahap tenaga dan impak dalam kehidupan seharian adalah berbeza bagi setiap individu, dan ia boleh berubah dari semasa ke semasa.
Menghidapi asma tahap teruk boleh menjadi sesuatu yang sukar namun dengan sokongan dan rawatan yang sepatutnya, dan boleh mengawal simptom-simptom anda dengan lebih baik.


Pengesanan:
Simptom dan Petanda Asma Tahap Teruk.6
Individu-individu yang menghidapi asma mengalami keradangan dalam saluran pernafasan mereka yang lazimnya boleh dirawat menerusi kombinasi ubat pelega cepat dan bat pengawal jangka panjang. Walau bagaimanapun, sesetengah individu tidak bertindak balas kepada sedutan kortikosteroid dan ubat pengawal jangka panjang, di mana ia merupakan salah satu petanda asma tahap teruk.
Keradangan yang mengakibatkan asma tahap teruk in mungkin sukar untuk dirawat, bahkan ia juga memerlukan ujian untuk mengenal pasti punca utama keradangan tersebut.
Individu-individu dengan asma tahap teruk bergantung kepada dos sedutan kortikosteroid yang tertinggi dengan pengawal kortisteoroid secara oral yang kedua. Namun, meskipun dengan pengambilan dos ubat-ubatan yang tinggi, pengurangan risiko dan pematuhan kepada pelan rawatan, lazimnya asma tahap teruk mereka masih berada dalam keadaan tidak terkawal.
Antara simptom dan petanda asma tahap teruk yang lain termasuklah:11'12
Kesukaran untuk bernafas yang bertambah teruk
Rasa sakit atau ketat pada bahagian dada
Batuk
Bunyi berdehit yang beterusan selepas menerima rawatan
Kulit, bibir atau kuku menjadi pucat atau kebiruan
Tiada atau hanya sedikit penambahbaikan selepas menggunakan penyedut anda

Jenis-Jenis Asma Tahap Teruk4
Secara umumnya, terdapat dua jenis asma tahap teruk yang dikategorikan menerusi respon seseorang individu kepada rawatan yang disediakan. Keradangan Jenis 2 dan Keradangan Bukan Jenis 2. Keradangan Jenis 2 merangkumi asma alergi dan asma eosinofilik (-asthma) yang bertindakbalas kepada rawatan menerusi sedutan kortikosteroid dan penanda bio imunoglobulin E (IgE). Keradangan Bukan Jenis 2 merangkumi asma bukan eosinofilik yang tidak bertindakbalas secara baik dengan sedutan kortikosteroid.
Antara jenis asma tahap teruk yang terperinci termasuklah:

Asma alergi

Asma eosinofilik (E-asthma)

Asma bukan eosinofilik

Asma neutrofilik
Mengesan Asma Tahap Teruk Dengan 3 Langkah4
Langkah1
Rujuk pakar.
Pakar tersebut akan merujuk kepada sejarah perubatan dan pelan rawatan asma semasa anda sebelum menjalankan ujian fizikal untuk mengetahui tentang simptom anda dengan lebih lanjut.
Langkah2
Mengenal pasti sekiranya ia adalah asma tahap teruk.
Sekiranya asma anda adalah asma tahap teruk, pakar tersebut akan menjalankan ujian tambahan untuk mengenal pasti jenis asma tahap teruk yang terperinci menerusi beberapa penanda bio.
Penanda bio membantu untuk mengenal pasti punca keradangan dalam saluran pernafasan anda menerusi:
Pengambilan sampel darah.
Analisa sampel mucus.
Analisa kandungan titisan pernafasan.
Langkah3
Menentukan pilihan rawatan.
Apabila penanda bio anda telah dikenal pasti, pakar anda akan mengesan jenis asma tahap teruk anda dan jenis-jenis rawatan yang boleh didapati dan bersesuaian dengan diri anda.
Rawatan Asma Tahap Teruk.
Menentukan pilihan rawatan.5 Apabila pakar yang merawat asma anda telah mengenal pasti jenis asma tahap teruk anda, mereka boleh menentukan rawatan bergantung kepada jenis asma anda secara terperinci. Carta di bawah menghuraikan jenis-jenis petanda biologi untuk asma tahap teruk, kaedah ujian, jenis (dikenali sebagai fenotip) dan kaedah-kaedah rawatan yang boleh didapati untuk pelan rawatan bersasar.
Penanda Bio | Kaedah Ujian | Fenotip | Jenis Rawatan Sedia Ada |
---|---|---|---|
IgE* | Ujian kulit | Alergi (gejala awal) | Omalizumab |
Eosinofil | Darah dalam kahak | Eosinofilik (gejala lambat) - alergi dan bukan alergi | Mepolizumab Reslizumab Benralizumab Dupilumab |
Neutrofil | Kahak | Neutrofilik | Antibiotik Perubahan gaya hidup |
Penanda Bio | IgE* | Eosinofil | Neutrofil |
Kaedah Ujian | Ujian kulit | Darah dalam kahak | Kahak |
Fenotip | Alergi (gejala awal) | Eosinofilik (gejala lambat) - alergi dan bukan alergi | Neutrofilik |
Jenis Rawatan Sedia Ada | Omalizumab | Mepolizumab Reslizumab Benralizumab Dupilumab | Antibiotik Perubahan gaya hidup |
Bagi individu yang memerlukan rawatan yang lebih khusus, antara rawatan-rawatan yang sedia ada termasuklah:4'5
Antibiotik Makrolida
Antibiotik Makrolida membantu tubuh badan untuk menentang jangkitan.
Kortikosteroid secara oral
Kortikosteroid secara oral diambil untuk menentang keradangan. Pengambilan kortikosteroid secara oral lazimnya digabungkan bersama ubat pelega cepat.
Biologik
Biologik membantu untuk menghalang tindakbalas terhadap pencetus yang menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan.
Prosedur pesakit luar
Thermoplasti Bronkial (TB) melibatkan penggunaan tenaga frekuensi radio untuk mengaplikasikan sedikit haba untuk melegakan tisu-tisu otot dalam saluran nafasan.
Rawatan steroid jangka Panjang
Dos harian steroid bertindak sebagai ubat anti-radang untuk membantu mengurangkan sensitiviti saluran pernafasan.
Perubahan tingkahlaku dan gaya hidup
Perubahan kepada gaya hidup seperti menghentikan tabiat merokok, perubahan dalam diet, dan senaman untuk mengurangkan obesiti dan penyakit refluks asid perut (GERD).
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya rasa saya menghidap asma tahap teruk
Dapatkan bantuan sekarangRujukan:
- Asthma UK. What is severe asthma? Available at: https://www.asthma.org.uk/advice/severe-asthma/what-is-severe-asthma/
- Severe Asthma Statistics. LAUNCHING OF THE CLINICAL PRACTICE GUIDELINES ON THE MANAGEMENT OF ASTHMA IN ADULTS: https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/57/1000
- American Lung Association. Asthma Risk Factors: https://www.lung.org/lung-health-diseases/lung-disease-lookup/asthma/asthma-symptoms-causes-risk-factors/asthma-risk-factors
- American Lung Association. Signs and Symptoms, Type of Severe Asthma, Asthma Screening / Diagnosis, Treatment for Severe Asthma: https://www.lung.org/lung-health-diseases/lung-disease-lookup/asthma/learn-about-asthma/severe-asthma
- Asthma UK. How is severe asthma treated?: https://www.asthma.org.uk/advice/severe-asthma/treating-severe-asthma/how-is-severe-asthma-treated/#treatments
- American Lung Association. Do I Have Severe Asthma?: https://www.lung.org/getmedia/1f571956-ee14-4ecc-b608-1f3ab9c15b89/ala-asthma-infographic-2020-v1april-2020.pdf
- Asthma and Allergy Foundation of America. What Causes or Triggers Asthma?: https://www.aafa.org/asthma-triggers-causes/
- Asthma Malaysia. Figures of asthma sufferers: https://www.asthmamalaysia.org/
- NSH UK. Montelukast: https://www.nhs.uk/medicines/montelukast/
- Asthma UK. Taking theophylline for asthma: https://www.asthma.org.uk/advice/inhalers-medicines-treatments/add-on-treatments/theophylline/
- Severe asthma symptoms: https://www.healthline.com/health/severe-asthma?c=1301326415610#symptoms
- Facts and Statistics About Severe Asthma: https://www.healthline.com/health/severe-asthma/facts-statistics-you#symptoms
- Challenges faced in managing adult asthma: A perspective from Asian countries https://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/resp.13935
MY-8501_04MAR2022