AST.MAT.01/MY2108205319

Bolehkah Saya Mencapai Kehidupan Tanpa Gejala Asma

Boleh! Pesakit asma boleh menikmati kehidupan bebas tanpa ancaman asma (contoh, pesakit asma tanpa gejala asma). Dengan penggunaan ubat, anda boleh mengawal penyakit asma anda dan menuju ke arah kehidupan tanpa gejala asma.

Sekiranya penyakit asma anda terkawal dengan baik-baik:

Anda tidak akan mengalami gejala asma

Anda boleh tidur dengan lena

Anda tidak perlu ketinggalan sekolah atau kerja

Anda boleh mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal

Anda tidak perlu pergi ke hospital

Rujukan: 1. Bateman ED, et al.Am J Respir Crit Care Med 2004; 170:830-831. 2.Centers for Disease Control and Prevention. Learn how to control asthma. Available at: https://www.cdc.gov/asthma/faqs.htm. Accessed 31 March 2021

Ikuti ”Ujian Kawalan Asma” Untuk Mengetahui Sama Ada Penyakit Asma Anda Adalah Terkawal

Maklumat Am

”Ujian Kawalan Asma” memberikan markah berangka untuk menentukan sama ada penyakit asma anda terkawal

Markah 20 – 25 menunjukkan bahawa penyakit asma adalah terkawal, ia bermaksud anda tidak mempunyai gejala, tidak ada batasan aktiviti dan penggunaan ubat pelega adalah tidak diperlukan dalam 4 minggu terakhir

Markah di bawah 20 menunjukkan asma yang tidak terkawal

01

Dalam 4 minggu kebelakangan ini, berapa kerapkah asma anda menghalang anda daripada melakukan sebanyak mungkin di tempat kerja, sekolah atau di rumah?

02

Sepanjang tempoh 4 minggu yang lalu, berapa kerapkah anda telah mengalami sesak nafas?

03

Sepanjang 4 minggu yang lalu, berapa kerapkah gejala asma (Berdehit/wheezing, batuk, sesak nafas, sesak dada atau sakit) menyebabkan anda terbangun pada waktu malam atau lebih awal dari biasa di waktu pagi?

04

Sepanjang 4 minggu yang lalu, berapa kerapkah anda menggunakan ubat penyedut yang melegakan dengan cepat atau nebulizer anda?

05

Bagaimana anda menilai kawalan asma anda sepanjang tempoh 4 minggu lalu?

Keputusan Anda

0

* Sila klik bulatan di atas untuk beralih ke soalan seterusnya

Video Pilihan